Khamis, 20 Disember 2018 | 10:46am
- Gambar hiasan

Bebas asap, kurangkan kemudaratan tembakau

Tabiat merokok memang sukar dihentikan terutama perokok tegar atau bagi individu yang tiada usaha langsung untuk keluar daripada kepompong itu meskipun tahu akibat buruk bakal ditanggung.

Diakui bukan senang membuang ketagihan merokok, mereka perlu kekuatan mental dan spiritual, selain sokongan moral daripada orang sekeliling bagi memastikan tidak tergolong individu yang mendapat kanser mulut, serangan jantung, strok atau banyak lagi akibat merokok.

Sebatang rokok ada pelbagai jenis bahan beracun mengandungi tar, nikotin dan karbon monoksida yang berbahaya serta memudaratkan kepada kesihatan.

Akan tetapi, mengikut pelbagai pakar, nikotin bukanlah punca utama penyakit berkaitan dengan merokok. Punca utama adalah asap rokok yang mengandungi bahan kimia berbahaya yang dihasilkan melalui proses pembakaran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan lebih tujuh juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat merokok atau menghidu asap rokok.

Lantas, pelbagai kempen dan saranan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan bagi menghentikan tabiat merokok. Namun, agak sukar menghentikan amalan itu secara drastik.

Bagi individu yang mahu berhenti merokok, ada pelbagai kaedah tradisional boleh dicuba dan bagi mereka yang masih belum ingin berhenti, terdapat alternatif lain yang boleh digunakan untuk mengurangkan risiko yang disebutkan.

Walau bagaimanapun, pilihan terbaik tentunya adalah dengan memberhentikan tabiat tersebut.

Alternatif yang kurang memudaratkan daripada merokok

Di pasaran sekarang, produk alternatif seperti vape, tembakau yang dipanaskan dan e-rokok adalah antara produk yang dikatakan kurang berisiko kepada penggunanya.

Pakar Perunding Respiratori Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Hospital Pakar Johor, Dr Muhammad Redzwan S Rashid Ali, menjelaskan ketika ini, vape tampak “selamat” sebagai alternatif kepada rokok tembakau, walaupun tiada bukti jelas dari sudut perubatan.

Beliau juga menegaskan bahawa mengikut konteks kesihatan awam dan global, alternatif kepada rokok ini berpotensi besar menjadi alat untuk menghentikan tabiat merokok tetapi kawalan dan pemantauan perlu dilakukan.

“Namun, ada kaedah lain menggantikan tabiat merokok lebih selamat dan tidak memudaratkan kesihatan dalam jangka panjang.

“Kita menggalakkan individu mendapatkan maklumat mengenainya di semua klinik Kementerian Kesihatan dan klinik swasta yang menyertai Program Berhenti Merokok,” katanya.

Selain e-rokok, satu lagi produk dari kategori alternatif yang boleh menggantikan rokok ialah produk tembakau yang dipanaskan. Produk ini tidak dibakar, dan hanya mengeluarkan wap dan bebas dari asap.

Ianya sedia ada di pasaran Jepun dan Korea Selatan. Kerana ketersediaan produk tersebut, Jepun telah menyaksikan penurunan kadar merokok dengan mencatatkan tahap penjualan rokok yang jatuh sebanyak 12.5% pada tahun lalu, dan menurun 25% dalam tempoh empat tahun yang lalu.

Banyak syarikat tembakau sudah mempunyai produk dalam kategori ini seperti Glo (British American Tobacco), IQOS (Philip Morris International) dan Ploom Tech (Japan Tobacco International).

Di Sweden pula, produk tembakau tanpa asap didapati memainkan peranan penting dalam mengurangkan kematian berkaitan dengan merokok, malah paling rendah di kalangan negara Kesatuan Eropah (EU).

Pada masa yang sama, perokok di Norway juga sedang beralih ke produk tembakau tanpa asap, kadar merokok dalam kalangan wanita negara berkenaan mencatatkan rekod dunia dengan penggunaan yang menjunam sehingga menjadi satu peratus saja.

Kajian ke atas produk alternatif

Walaupun kategori produk alternatif ini dilihat sebagai baharu, pelbagai kajian saintifik telah dan sedang dijalankan dan kebanyakkannya menunjukkan ke arah yang positif.

Di samping itu, beberapa laporan antarabangsa telah pun dikeluarkan, salah satunya adalah seperti laporan ‘Tiada Pembakaran, Tiada Asap: Pengurangan Kemudaratan Merokok Tembakau Global 2018’ yang mendapati bahawa penggunaan e-rokok lebih selamat berbanding merokok secara tradisional.

Tambahan pula, terdapat negara-negara dan kajian institusi awam yang memahami bahawa produk seperti ini kurang memudaratkan dan oleh itu perokok dewasa harus diberikan maklumat tentang alternatif supaya mereka dapat membuat keputusan yang tepat bagi membuat keputusan yang tepat bagi membuat pilihan untuk beralih ke produk bebas asap rokok.

Lebih 50 peratus daripada tiga juta pengguna e-rokok di United Kingdom (UK) adalah bekas perokok berasaskan tembakau.

Menurut kajian bebas oleh badan kesihatan awam Public Health England, penggunaan e-rokok dan produk tembakau yang dipanaskan mampu mengurangkan risiko pendedahan mereka yang tidak merokok kepada bahan-bahan yang memudaratkan berbanding rokok.

Selain itu, kajian saintifik daripada Jabatan Kesihatan Alam Sekitar, National Institute of Public Health Japan - sebuah badan kesihatan awam di Jepun telah membandingkan bahan kimia di dalam aerosol yang dihasilkan melalui produk tembakau yang dipanaskan seperti IQOS yang popular di negara tersebut dengan rokok konvensional mendapati penurunan kadar bahan kimia yang cukup signifikan.

Oleh itu, negara seperti Jepun, UK dan Sweden yang menggalakkan penjualan dan penggunaan e-rokok dan produk tembakau yang dipanaskan agar perokok dewasa dapat membuat pilihan untuk beralih daripada tabiat buruk merokok itu jika mereka masih tidak mahu berhenti.

Laporan Pengurangan Kemudaratan Tembakau Global 2018 juga menyatakan bahawa harus ada pandangan yang komprehensif terhadap peraturan atas produk tembakau yang dipanaskan, vape dan sebagainya supaya perokok yang memerlukan alternatif yang lebih selamat juga boleh mengaksesnya.

Baru-baru ini kerajaan New Zealand telah mengumumkan rancangan untuk mengeluarkan regulasi untuk memastikan kawalan ke atas kualiti produk alternatif.

Mereka juga menyatakan bahawa produk alternatif, walaupun tidak bebas dari risiko, masih boleh memberi manafaat bagi perokok jika berjaya beralih sepenuhnya kepada produk alternatif.

597 dibaca
Berita Harian X