Isnin, 3 Jun 2019 | 5:06pm
Terdapat enam rona pilihan.

Bergaya di Aidilfitri dengan gincu rona memikat

KUALA LUMPUR: Wajah manis disolek rapi dengan lengkap berbaju kurung tradisional di pagi Syawal, pasti itu yang dinanti-nantikan si gadis bagi meraikan hari raya.

Kemeriahan lebih terasa apabila ia disambut bersama keluarga dan saudara mara serta rakan taulan.

Bagi si gadis senyuman lebih menawan dengan sapuan gincu bersesuaian dengan busana digayakan.

Apa kata mereka boleh mencuba pemerah bibir dari La’soul Skin Nutrition Expert yang baharu melancarkan rangkaian gincu pelbagai rona yang bakal menyemarakkan diari kecantikan wanita yang dambakan gaya anggun.

Dengan edisi itu, La'soul Matte Creamy Volumizing Lipstick, dengan tekstur matte di luar tetapi lembab di dalam.


Senyuman lebih menawan dengan sapuan gincu bersesuaian dengan busana digayakan.

Pelbagai rona gincu untuk pilihan anda.

Sangat halus dan hanya satu sapuan pada bibir, ia memberi kesegaran dengan suntikan rona terang dan tahan lebih lama.

Terdapat enam rona pilihan yang terdiri daripada Star Nude, Mocha Choc, Velvet Burgundy, Passion Rosy, Poppy Pink dan Cherry Peach, yang semestinya mampu memenuhi keperluan anda.

Kandungan bahan dipercayai berkualiti tinggi dengan anti penuaan dan pasti membuat kulit bibir lebih anjal kerana diperkaya dengan ejen pelembap seperti minyak Camellia Japonica yang menghalang pengoksidaan kulit bibir dan membekalkan kelembapan kulit bibir secukupnya.

Rumusan mentega shea menambah kelembapan bibir dan melindungi kulit bibir dan mempercepatkan kitaran regenerasi kulit agar sentiasa terpelihara selain kandungan vitaman E.

Berita Harian X