Ahad, 26 Mei 2019 | 12:06pm
KOLEKSI belian eksklusif Habib sempena Aidilfitri 2019. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
KOLEKSI belian eksklusif Habib sempena Aidilfitri 2019. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Rantaian Kasih, sedia 100 koleksi perhiasan diri

KUALA LUMPUR: Habib menyambut keterujaan Aidilfitri menerusi kempen tahunannya ke-61, Rantaian Kasih sempena meraikan hubungan kekeluargaan dan persahabatan sepanjang musim perayaan ini.

Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporatnya, Yasheedah Yashaiya, pihaknya membawa kelainan menerusi perincian koleksi barangan kemas bermotif batik, yang diberi nafas baharu berunsurkan kontemporari.

Katanya, Habib mengangkat seni batik untuk kekal relevan seiring aliran fesyen tahun ini yang mengetengahkan elemen batik.

“Lebih 100 koleksi pilihan antaranya Swan Lake, emas kuning dan emas rose , selain berlian dan batu permata, selain koleksi gelang tangan emas 916 untuk kanak-kanak tampil bergaya pada hari raya.


PENGURUS Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Habib, Yasheedah Yashaiya. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

“Untuk golongan lelaki pula kita menyediakan butang baju Melayu bertatahkan berlian dan batu permata pelbagai warna sebagai pilihan,” katanya.

Yasheedah berkata, kempen Rantaian Kasih ini adalah kemunculan istimewa selebriti, Rozita Che Wan bersama anaknya, Aaisyah Dhia Rana pada bazar yang berlangsung bermula pada 24 Jun lalu sehingga hari ini, di bilik pamerannya di Ampang Point.

“Jangan lepaskan peluang menikmati potongan sehingga RM15 segram untuk emas 916 dan 999, selain diskaun sehingga 70 peratus barang kemas berlian dan batu permata terpilih,” katanya.

Selain itu, sepanjang Ramadan ini pihaknya juga menganjurkan program antaranya Singgah Sahur, Zakat on Wheel dan iftar untuk anak yatim Tunas Bakti, Sungai Besi.

128 dibaca
Berita Harian X