Jumaat, 9 Ogos 2019 | 5:40pm
Ketua Pegawai Eksekutif, Sun Life Malaysia, Raymond Lew, (kiri) pada majlis pelancaran Sun Infinity-i dan SunAccess di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sun Life lancar perlindungan menyeluruh, individu dan keluarga

Keterbukaan masyarakat menerima skim pembiayaan berkaitan perlindungan keselamatan diri dan keluarga semakin terbuka memandangkan mereka perlukan persiapan berhadapan saat tidak diduga.

Prihatin dengan situasi itu, Sun Life Malaysia memperkenalkan pelan insurans Sun Infinity-i iaitu rancangan fleksibiliti kewangan berdasarkan kemampuan pelanggan.

Selain itu, orang ramai boleh mengakses e-penyata bagi pelan insurans dan takaful untuk membuat tuntutan pada bila-bila masa dan di mana saja menerusi pengenalan aplikasi telefon mudah alih SunAccess.

Ketua Pegawai Eksekutif, Sun Life Malaysia, Raymond Lew, berkata pengenalan pelan Sun Infinity-i dan aplikasi mudah alih SunAccess langkah ke arah matlamat membolehkan pelanggan mencapai fleksibiliti serta mengawal masa depan kewangan diri dan keluarga secara berkesan.

Sejak memasuki pasaran enam tahun lalu, kami teguh dengan komitmen memperkasakan rakyat Malaysia bagi mencapai jaminan kewangan seumur hidup dan mempunyai kehidupan yang lebih terjamin.

“Sun Infinity-i adalah pelan simpanan jangka pendek yang menyediakan kemudahan perlindungan bagi memenuhi keperluan individu dan keluarga selain memenuhi jumlah dan tempoh simpanan.

“Selain meningkatkan pembayaran tunai tahunan bermula akhir tahun kontrak pertama hingga matang. Pelan ini juga menyediakan perlindungan ke atas kematian dan hilang upaya menyeluruh sepanjang tempoh perlindungan,” katanya pada majlis pelancaran Sun Infinity-i dan SunAccess di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir, Presiden ASEAN Sun Life Financial Asia, Leo Grepin. Pada majlis itu juga, Sun Life turut melantik pelakon, Hairul Azreen sebagai jurucakap baharu syarikat insuran berkenaan.

Berita Harian X