Sabtu, 2 Februari 2019 | 2:27pm
ANTARA 14 koleksi Hatta Dolmat pada diperagakan ketika The Wedding KL 2019, baru-baru ini.
ANTARA 14 koleksi Hatta Dolmat pada diperagakan ketika The Wedding KL 2019, baru-baru ini.
ANTARA 14 koleksi Hatta Dolmat pada diperagakan ketika The Wedding KL 2019, baru-baru ini.

Hatta Dolmat buat 'come back'

SELEPAS sekian lama seperti bersembunyi daripada pertapaan, Hatta Dolmat akhirnya bagai melakukan ‘come back’ di arena fesyen mempersembahkan koleksi pengantinnya di acara The Wedding KL 2019, yang melabuhkan tirainya baru-baru ini.

Diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, beliau mempersembahkan koleksi Hatta Dolmat Bridal 2019 menampilkan kolaborasi teman baik, Rizman Ruzaini yang sama-sama berkongsi pentas pada acara itu.

Penyertaan sulung di acara itu juga bagai memberi suntikan semangat baru buat Hatta yang sudah berpindah lokasi dari Shah Alam ke Kuala Lumpur sejak November lalu.

Lantas pada acara itu beliau menampilkan 14 koleksi pengantin, rekaan terbaharu Hatta dilihat sebagai cerminan transisi baru dirinya untuk terus teguh berjuang memahat nama sebagai pereka fesyen.


ANTARA 14 koleksi Hatta Dolmat pada diperagakan ketika The Wedding KL 2019, baru-baru ini.

“Koleksi ini menggunakan fabrik yang berstruktur, cetakan neo nipis dengan setiap baju itu saya tampilkan teksturnya. Malah kehadiran kelopak bunga jadi penyeri sekali gus mengekalkan sentuhan saya selama ini.

“Setiap baju yang dipersembahkan juga ada gaya yang cuba menyuntik aura koleksi antarabangsa ke sentuhan tempatan,” katanya.

Kali terakhir beliau mempersembahkan koleksi pengantin pada tahun 2015 dan ketika itu pembabitan saya memberi impak besar.

“Bagi saya adil untuk seseorang pereka fesyen itu merehatkan diri dan tidak terlalu kerap mengambil semua peluang di depan mata.

“Saya tak ralat melepaskan peluang itu. Saya tak mahu dilihat seperti ‘terpaksa’ mengeluarkan sesuatu koleksi rekaan dan akhirnya ia tidak meninggalkan impak.

“Tidak mahu idea atau kreativiti terus-terusan memaksa mereka pakaian hanya kerana ingin menyertai pertunjukan fesyen dianjurkan.

“Saya umpama keluar daripada gua pertapaan. Malah ruang ‘berehat’ itu saya lihat jadi strategi terbaik mengeluarkan idea yang lebih menarik serta segar. Jadi segala yang terdetik dalam fikiran dan kreativiti tersimpan lama selama untuk diperagakan,” katanya kepada BH Online.


ANTARA 14 koleksi Hatta Dolmat pada diperagakan ketika The Wedding KL 2019, baru-baru ini.

Selepas 19 tahun menceburi dunia fesyen tanah air, Hatta melihat sokongan yang diberikan teman seperjuangan termasuk Rizman dan persekitaran lain sebagai masa terbaik menyerlah sisi kreativiti untuk koleksi ini.

Ditanya mengenai kerjasamanya kali ini berkongsi pentas dengan Rizman Ruzaini, ia juga bukti bahawa hubungan mereka yang pernah keruh selama sejak beberapa tahun lalu sudah mulai jernih.

“Kami sudah lupa dan tutup cerita lama. Kami buka buku baru. Rizman pun sangat menyokong. Kami sama-sama mahu memandang ke hadapan dan sama-sama mencipta kejayaan. Kami juga sama-sama beri sokongan dan galakan.

“Saya percaya semua ini terus mengukuhkan ukhuwah dan persahabatan yang sudah lama terjalin. Kadang-kadang dalam hidup ini kita bukan mahu apa sangat pun, cukup sokongan positif sebegini. Sokongan sebegini terus buat daya juang dan semangat saya mencanak naik. Semua ini bantu saya jadi terus kreatif menghasilkan karya yang lebih hebat,” katanya yang pernah menjalinkan kerjasama dengan penyanyi Yuna menerusi sebuah projek fesyen istimewa pada tahun 2015.

"Sudah pasti menerima anugerah yang mengiktiraf saya sebagai pereka fesyen terbaik termasuk Anugerah Pereka Popular dan meraih Pakaian Terbaik untuk beberapa kali menerusi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) antara memori indah.

"Paling manis saya menerima anugerah bersama Datuk Siti Nurhaliza di majlis anugerah UDC Bussiness Award. Saya menang untuk kategori Pereka Fesyen Terbaik 2011.

493 dibaca
Berita Harian X