Ahad, 10 November 2019 | 8:45am
LEE Zii Jia

Zii Jia terlepas aksi Terbuka Hong Kong

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa melupakan saingan Terbuka Hong Kong yang bermula Selasa ini selepas dia membuat keputusan menarik diri susulan masalah kesihatan.

Perkara itu disahkan jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan yang memaklumkan pemain berusia 21 tahun itu akan pulang ke Malaysia bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

Khamis lalu, Zii Jia gagal menamatkan permainan ketika berdepan pemain nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota pada pusingan kedua Terbuka China di Fuzhou.

Dia ketika itu dilaporkan mengalami demam dan keracunan makanan.

Zii Jia hanya sempat menghabiskan perlawanan set pertama yang menyaksikan dia tewas 9-21 sebelum menarik diri di set kedua ketika ketinggalan 3-11.

Juara Terbuka Taiwan 2018 itu dijadual menentang pemain Thailand, Sitthikom Thammasin pada pusingan pertama Terbuka Hong Kong.

Berita Harian X