Isnin, 4 November 2019 | 11:20pm
PEMAIN tenis Sepanyol, Rafael Nadal. - Foto AFP

Nadal rampas ranking nombor satu dunia

PARIS: Rafael Nadal kembali menghunis ranking nombor satu dunia buat kali kelapan dalam kariernya selepas ATP mengeluarkan senarai baharu, hari ini.

Bintang tenis kelahiran Sepanyol itu merampas posisi itu daripada Novak Djokovic sekali pun pemain dari Serbia itu berjaya menjulang gelaran kelima Paris Masters, minggu lalu susulan kemenangan 6-3, 6-4 ke atas pemain Kanada, Denis Shapovalov.

Nadal, yang kali terakhir menduduki ranking berkenaan pada setahun lalu menarik diri di Paris pada peringkat separuh akhir menentang Shapovalov selepas mengalami masalah kekejangan otot perut.

Djokovic terlepas kedudukan teratas selepas dia melepaskan mata yang dimenangi di London tahun lalu ketika ketiadaan Nadal.

Pertembungan 2019 di antara Nadal, yang juga pemenang Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat serta Djokovic yang menjuarai Terbuka Australia dan Wimbledon tahun itu dijangka sengit dengan kedua-duanya masih berpeluang menamatkan kempen tahun ini sebagai nombor satu dunia.

Jika Nadal tidak bermain atau gagal memenangi perlawanan di peringkat round-robin di Final Jelajah ATP Dunia, Djokovic perlu sekurang-kurangnya memenangi dua perlawanan peringkat kumpulan dan mara ke final untuk mengatasinya.

Djokovic juga sah akan menamatkan kempen ini selaku pemain nombor satu dunia jika memenangi kejohanan berkenaan dan Nadal gagal mara ke peringkat separuh akhir. - Reuters

Kedudukan ranking ATP

1. Rafael Nadal (ESP) 9,585 mata (+1)

2. Novak Djokovic (SRB) 8,945 (-1)

3. Roger Federer (SUI) 6,190

4. Daniil Medvedev (RUS) 5,705

5. Dominic Thiem (AUT) 5,025

6. Stefanos Tsitsipas (GRE) 4,000 (+1)

7. Alexander Zverev (GER) 2,945 (-1)

8. Matteo Berrettini (ITA) 2,670 (+1)

9. Roberto Bautista (ESP) 2,540 (+1)

10. Gaël Monfils (FRA) 2,530 (+3)

11. David Goffin (BEL) 2,335 (+3)

12. Fabio Fognini (ITA) 2,290

13. Kei Nishikori (JPN) 2,180 (-2)

14. Diego Schwartzman (ARG) 2,125 (+1)

15. Denis Shapovalov (CAN) 2,050 (+13)

16. Stan Wawrinka (SUI) 2,000

17. Karen Khachanov (RUS) 1,840 (-9)

18. Alex De Minaur (AUS) 1,775

19. John Isner (USA) 1,770 (-2)

20. Grigor Dimitrov (BUL) 1,747 (+7)

- AFP

Berita Harian X