Jumaat, 23 Ogos 2019 | 8:29pm
Aksi Kento Momota ketika menentang Lee Zii Jia pada Kejohanan Badminton Dunia 2019 di Basel, Switzerland. - Foto AFP

Momota sekat Zii Jia di suku akhir

KUALA LUMPUR: Perjalanan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia di Kejohanan Badminton Dunia 2019 terhenti di suku akhir apabila tewas di tangan pemain pilihan utama, Kento Momota di Basel, Switzerland, sebentar tadi.

Pemain Jepun, Momota mudah mengenepikan Zii Jia - yang membuat penampilan pertama di kejohanan dunia - dengan keputusan 21-12, 21-8 dalam tempoh 37 minit. 

Kemenangan itu menjadikan rekod pertemuan antara dua pemain ini kepada 3-0. 

Kali terakhir Momota meraih kemenangan ke atas Zii Jia adalah di Piala Sudirman, Mei lalu dengan Zii Jia tewas 18-21, 21-16.

Terdahulu, satu lagi wakil negara daripada beregu campuran diwakili Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut terkandas di peringkat sama apabila tewas 18-21, 21-12, 21-11 di tangan pasangan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino.

Berita Harian X