Khamis, 22 Ogos 2019 | 10:38pm
Gambar fail, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia ketika menentang pemain Thailand, Suppanyu Avihingsanon pada hari kedua Kejohanan Terbuka Celcom Axiata 2019, di Stadium Axiata, Bukit Jalil. - Foto Syarafiq Abd Samad

Zii Jia lakar kejutan ke suku akhir

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melakar sejarah pada penampilan sulungnya di Kejohanan Badminton Dunia apabila mara ke suku akhir, sebentar tadi.

Pemain ranking ke-13 dunia itu mempamer aksi meyakinkan ketika menewaskan pilihan kelapan dari Jepun, Kenta Nishimoto 21-15, 11-21, 22-20 pada pusingan ketiga.

Zii Jia menewaskan Nishimoto di St Jakobshalle, Basel, Switzerland sesudah bertarung satu jam 10 minit dan ia kemenangan ketiga berturut-turut Zii Jia ke atas Nishimoto sepanjang empat pertemuan.

Bagaimanapun, pada suku akhir esok, Zii Jia berdepan tugas getir apabila akan bertemu juara bertahan serta pemain nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota.

 

 

6118 dibaca
Berita Harian X