Rabu, 7 Ogos 2019 | 7:25am
SERENA Williams

Serena terima bayaran tertinggi

WASHINGTON: Bintang tenis Amerika Syarikat, Serena Williams mendahului senarai Forbes sebagai atlet wanita menerima bayaran teringgi untuk tahun keempat berturut-turut hari ini.

Penerbitan berkenaan menganggarkan bahawa juara 23 kali perseorangan Grand Slam itu mengumpul $29.2 juta (RM122 juta) dalam tempoh 12 bulan berakhir 1 Jun – dengan $4.2 juta (RM17.6 juta) hadir hasil wang kemenangan.

Pemain Jepun, Naomi Osaka, yang semakin meningkat di arena antarabangsa dengan mengejutkan Williams pada final Terbuka AS 2018 dan kemudiannya memenangi Terbuka Australia pada Januari, menjadi empat atlet pernah mengumpul lebih $20 juta (RM83.8 juta) setahun – selepas Williams dan bintang tenis Maria Sharapova serta Li Na.

Forbes menganggarkan pendapatan Osaka ialah $24.3 juta (RM101.8 juta), meletakkannya di tempat kedua senarai didominasi pemain tenis itu.

Bekas juara Wimbledon, Angelique Kerber ketiga dalam senarai dengan $11.8 juta (RM49.4 juta) diikuti juara Wimbledon tahun ini, Simona Halep.

Kedudukan tertinggi atlet daripada sukan lain ialah pemain bola sepak wanita AS, Alex Morgan, berkedudukan ke-12.

Morgan mengumpul $5.8 juta (RM24.3 juta), sebahagian besar menerusi penajaan. - AFP

1355 dibaca
Berita Harian X