Sabtu, 20 Julai 2019 | 11:55pm
Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terpaksa akur dengan kehebatan pilihan pertama dari China, Zheng Siwei-Huang Yaqiong apabila tewas 12-21, 16-21. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

Malaysia tamatkan saingan di Terbuka Indonesia

 

KUALA LUMPUR: Tembok Besar China nyata sukar dirobohkan.

Satu lagi beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terpaksa akur dengan kehebatan pilihan pertama dari China, Zheng Siwei-Huang Yaqiong apabila tewas 12-21, 16-21 dalam aksi separuh akhir Terbuka Indonesia, sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan cabaran Malaysia pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 1000 itu berakhir selepas beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut terkandas di peringkat separuh akhir.

Mereka juga tunduk di tangan wakil dari China yang juga pilihan kedua, Wang Yi Lyu-Huang Dongping 13-21, 20-22.

Kedua-dua pasangan negara itu kini mengalihkan fokus kepada aksi di Terbuka Jepun di Tokyo yang bermula Selasa ini.

1507 dibaca
Berita Harian X