Sabtu, 13 Julai 2019 | 10:24am
RAFAEL Nadal meninggalkan gelanggang selepas tewas kepada Roger Federer di All England Club. - Foto AFP

Nadal sedih peluang di Wimbledon kian tipis

LONDON: Rafael Nadal gagal mara ke final Wimbledon selepas tewas kepada pesaing hebat, Roger Federer, sambil mengakui peluangnya untuk menambah gelaran ketiga di All England Club semakin merosot.

Pemain Sepanyol berusia 33 tahun itu kekal dengan ketinggalan dua kemenangan berbanding Federer yang mempunyai rekod 20 gelaran Grand Slam serta hanya dua kali namanya dimahkotakan gelaran Wimbledon.

Tetapi dia mengakui perlawanan pagi tadi tidak berada di tahap sama ketika dia mencipta kemenangan epik, iaitu kejayaan pertama menundukkan Federer 11 tahun lalu.

Perjuangan Nadal yang memenangi trofi ke 12 Terbuka Perancis pada Jun berakhir selepas tewas kekalahan 7-6 (7/3), 1-6, 6-3, 6-4.

“Saya sedih dengan kekalahan ini kerana bagi saya ia adalah peluang seterusnya buat saya.

“Tetapi pada masa sama mencipta peluang lain untuk berada di final Grand Slam.

“Saya terimakekalahan ini kerana ini bukan hari untuk saya. Saya bermain dalam perlawanan yang hebat. Saya terima dengan cara positif.

“Tapi dalam masa sama hari ini saya sedih kerana saya tahu bukan selama-lamanya saya mendapat peluang.

“Tahun lalu saya berpeluang di sini (tewas lima set kepada Djokovic di separuh akhir), saya mempunyai lagi satu peluang, tetapi saya sekali lagi tidak berdaya menukarnya kepada kemenangan.”

Nadal, yang kali pertama tewas kepada Federer di pusingan separuh akhir Grand Slam selepas mencatatkan empat kali kemenangan sebelum ini berkata, ia adalah pengalaman indah untuk menjadi sebahagian daripada pencabar hebat ke atas Federer dan Djokovic yang masing-masing berusia melebihi 30 tahun. – AFP

 

 

838 dibaca
Berita Harian X