Ahad, 19 Mei 2019 | 11:24pm
BEREGU lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik beraksi menentang Li Junhui-Liu Yuchen di Pusat Sukan Guangxi, Nanning. - Foto AFP

Piala Sudirman: Wajib kalahkan India

KUALA LUMPUR: Susulan tewas kepada China, Malaysia tiada pilihan selain menewaskan India untuk layak ke suku akhir Piala Sudirman.

Dalam aksi pertama Kumpulan 1D sebentar tadi, tuan rumah China ternyata terlalu kuat buat Malaysia yang kalah 5-0 di Pusat Sukan Guangxi, Nanning.

Beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memberikan saingan apabila berjaya mencuri satu set sebelum tewas 21-18, 14-21, 22-24 di tangan pasangan nombor tiga dunia, Li Junhui-Liu Yuchen.

Perseorangan wanita, Soniia Cheah turut mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum tewas kepada Chen Yufei 21-15, 21-23, 14-21.

China mengesahkan kemenangan menerusi perseorangan lelaki Shi Yuqi yang menundukkan Lee Zii Jia 21-12, 21-11.

Pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen pula terpaksa akur dengan kehebatan Du Yue-Li Yunhui yang mencatat kemenangan 21-18, 21-14.

Aksi terakhir menyaksikan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tewas 21-16, 21-12 kepada pasangan nombor satu dunia, Huang Yaqiong-Zheng Siwei.

1570 dibaca
Berita Harian X