Jumaat, 17 Mei 2019 | 7:01am
Aksi Roger Federer ketika menentang Borna Coric dari Croatia pada pugingan ketiga Terbuka Itali, awal pagi tadi. - Foto EPA

Federer, Nadal, Djokovic teruskan kemaraan

ROME: Roger Federer menyelamatkan dua mata akhir ketika berdepan Borna Coric untuk mara ke suku akhir Terbuka Itali awal pagi tadi ketika juara bertahan, Rafael Nadal dan pilihan utama Novak Djokovic mara dengan kemenangan straight set.

Bagaimanapun pemain Australia, Nick Kyrgios dibatalkan penyertaannya selepas bertengkar dengan pengadil pada pusingan ketiga berdepan pemain Norway, Casper Ruud yang boleh menyebabkan dia digantung bagi tempoh yang lama.

Federer menang 2-6, 6-4, 7-6 (9/7) berdepan pilihan ke-13, Coric selepas mengetepikan pemain Portugal, Joao Sousa 6-4, 6-3 pada pusingan kedua ketika dia mempertingkatkan permainan selepas hujan pada Rabu.

Federer, beraksi empat kali pada final di Rome, ketinggalan 0-4 sebelum bangkit pada permainan kedua dan menyelamatkan dua mata akhir pada tie-break ketiga.

“Jelas saya seperti mendapat sedikit tuah,” kata Federer.

“Borna mendahului. Ada saat  penting sepanjang permainan, set kedua dan ketiga, untuk saya meneruskannya. Nampaknya ia memihak kepada saya malam ini.”

Federer selepas ini akan menentang pemain Greece, Stefanos Tsitsipas, yang menewaskan juara Monte Carlo Masters. Fabio Fognini 6-4, 6-3.

Tsitsipas mengejutkan Federer pada pusingan keempat Terbuka Australia pada Januari. - AFP

Berita Harian X