Rabu, 15 Mei 2019 | 9:34am
Alexander Zverev tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Itali. - Foto EPA
Serena Williams terpaksa menarik diri daripada acara wanita kerana kecederaan lutut. - Foto AFP

Zverev tersingkir, Serena tarik diri

ROME: Pemain nombor lima dunia, Alexander Zverev terus berdepan prestasi buruk apabila tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Itali manakala Serena Williams terpaksa menarik diri daripada acara wanita kerana kecederaan lutut semalam.

Serena menewaskan pemain Sweden, Rebecca Peterson dengan straight sets pada Isnin dan dijadualkan bertemu kakaknya Venus.

Namun kecederaan bermakna penyertaannya pada Terbuka Perancis bermula 26 Mei hingga 9 Jun juga diragui.

Zverev, yang tidak melepasi suku akhir dalam mana-mana kejohanan sejak final Acapulco awal Mac lalu, gagal menampilkan aksi sebenar selaku pencabar di Roland Garros selepas tewas 7-5 7-5 di tangan pemain tuan rumah, Matteo Berrettini.

Dibantu sokongan penyokong tempatan di Foro Italico, Berrettini menang tiga perlawanan awal sebelum pemain Jerman yang juga juara 2017 dan naib juara tahun lalu itu, mendapat kembali rentak.

Berrettini kemudian menyelamatkan lima mata break untuk mendahului 6-5 sebelum mengatasi Zverev, yang menewaskan pemain Itali itu pada pusingan sama tahun lalu.

“Suasana amat hebat, saya melalui perlawanan yang mengerikan,” kata Zverev, 22. - Reuters

201 dibaca
Berita Harian X