Isnin, 11 Februari 2019 | 10:43am
Gandingan Irina-Camelia Begu dan Monica Niculescu mengejutkan pasangan juara Wimbledon dan juara Terbuka Perancis, Barbora Krejcikova dan Katerina Siniakova dalam saingan yang sengit. - Foto AFP

Romania sekat kemaraan Republik Czech

PARIS: Romania buat julung kali mara ke separuh akhir selepas menewaskan penyandang juara, Republik Czech 3-2 dalam kejohanan Tenis Fed Cup, semalam.

Gandingan Irina-Camelia Begu dan Monica Niculescu mengejutkan pasangan juara Wimbledon dan juara Terbuka Perancis, Barbora Krejcikova dan Katerina Siniakova dalam saingan yang sengit.

Begu dan Niculescu menang 6-7 (2/7), 6-4, 6-4 dalam pertarungan yang memakan masa hampir tiga jam.

Pasangan Krejcikova dan Siniakova, yang juga beregu rombor satu dunia ketinggalan pada set penentuan sebelum mengikat kedudukan 4-4.

Namun, pasangan Romania mencuri mata kemenangan untuk menang 5-4 sekali gus menamatkan impian juara pasangan Czech itu untuk merakam kemenangan ke-10 berturut-turut selain kejutan kalah pertama kali di gelanggang sendiri.

Terdahulu, Simona Halep mengatasi cabaran bekas pemain nombor satu dunia, Karolina Pliskova 6-4, 5-7, 6-4.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan dalam cabaran yang sengit ini. Ia adalah kejayaan terbaik saya dalam Fed Cup."

Juara Terbuka Perancis, Halep pula mengakui mahu memastikan Romania memenangi kejohanan FEd Cup kini menjadi keutamaannya untuk menebus kekecewaan gelaran di Paris tahun lalu.

Romania akan berkunjung ke Paris April ini untuk bertemu sama ada Belarus atau pun Australia di separuh akhir. - AFP

139 dibaca
Berita Harian X