Khamis, 10 Januari 2019 | 12:31pm
Novak Djokovic. - Foto AFP
Simona Halep. - Foto EPA

Djokovic, Halep pilihan utama Terbuka Australia

MELBOURNE: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dan Simona Halep ditetapkan sebagai pilihan utama Terbuka Australia bermula minggu depan, sementara pemenang gelaran utama 23 kali, Serena Williams kekal pilihan ke-16 dalam kategori perseorangan wanita.

Djokovic mengetuai saingan musuh tradisinya, Rafael Nadal dan juara bertahan Roger Federer bersama pemain muda Alexander Zverev yang diletakkan sebagai pilihan keempat apabila dia memburu gelaran Grand Slam sulung.

Pemain nombor satu dunia itu menyasarkan untuk mencipta sejarah dengan memenangi rekod ketujuh dimahkotakan gelaran Terbuka Australia bermula di Melbourne Park Isnin ini, sama seperti legenda Switzerland, Federer.

Dua pemain itu akan berdepan saingan sengit Zverev, yang dikatakan mengetuai cabaran pemain muda ketika dia kini masih belum melepasi suku akhir acara Grand Slam.

Dengan pemain nombor lima dunia, Juan Martin del Potro tidak turut serta berikutan kecederaan, pemain Afrika Selatan, Kevin Anderson melonjak sebagai pilihan kelima dengan naib juara edisi lalu, Maric Cilic sebagai pilihan keenam.

Halep mengambil alih kedudukan teratas pemain pilihan berdasarkan ranking nombor satu dunia miliknya tetapi dia hanya menyertai satu kejohanan dalam tempoh empat bulan terakhir susulan kecederaan.

Juara bertahan dari Denmark, Caroline Wozniacki yang bertarung dengan masalah kesihatan dan berada di prestasi buruk, diletakkan sebagai pilihan ketiga di belakang Angelique Kerber dari Jerman. – AFP

Perseorangan lelaki:

1. Novak Djokovic (SRB), 2. Rafael Nadal (ESP). 3. Roger Federer (SUI), 4. Alexander Zverev (GER), 5. Kevin Anderson (RSA), 6. Marin Cilic (CRO), 7. Dominic Thiem (AUT), 8. Kei Nishikori (JPN), 9. John Isner (USA), 10. Karen Khachanov (RUS), 11. Borna Coric (CRO), 12. Fabio Fognini (ITA), 13. Kyle Edmund (GBR), 14. Stefanos Tsitsipas (GRE), 15. Daniil Medvedev (RUS), 16. Milos Raonic (CAN)

Perseorangan wanita:

1. Simona Halep (ROU), 2. Angelique Kerber (GER), 3. Caroline Wozniacki (DEN), 4. Naomi Osaka (JPN), 5. Sloane Stephens (USA), 6. Elina Svitolina (UKR), 7. Karolina Pliskova (CZE), 8. Petra Kvitova (CZE), 9. Kiki Bertens (NED), 10. Daria Kasatkina (RUS), 11. Aryna Sabalenka (BLR), 12. Elise Mertens (BEL), 13. Anastasija Sevastova (LAT), 14. Julia Goerges (GER), 15. Ashleigh Barty (AUS), 16. Serena Williams (USA).

60 dibaca
Berita Harian X