Rabu, 5 Disember 2018 | 11:41am

Nadal diramal terus dominasi Terbuka Perancis

JOHANNESBURG: Bekas kapten Piala Davis Belanda, Tjerk Bogstra kagum dengan dominasi Rafael Nadal di Terbuka Perancis. Pemain berusia 32 tahun itu menewaskan Dominic Thiem pada final tahun ini untuk gelaran ke-11 dan dijangka terus menguasainya pada 2019.

“Saya yakin tidak akan ada lagi pemain seperti Nadal yang mampu menjuarai Terbuka Perancis sebanyak sembilan atau sepuluh kali,” kata Bogstra.

“Apa yang dilakukannya adalah unik, dia melakukannya ketika era dipenuhi ramai pemain tenis yang bagus. Dia tidak selalu dalam keadaan terbaik dan buktinya Roger Federer muncul juara kejohanan itu pada 2009 yang juga trofi tunggal Terbuka Perancis dimenanginya.”

“Dia pakar tanah liat. Cara dia beraksi sangat bagus dan memang yang terbaik. Tiada pemain lain yang mampu menandingi Nadal di atas gelanggang tanah liat,” kata Bogstra.

Pemain seperti Boris Becker, Stefan Edberg atau Pete Sampras bukanlah jaguh tanah liat yang menyebabkan mereka tidak pernah muncul juara di atas gelanggang itu.

Sementara itu, bekas pemain Miguel Janssen turut memuji pencapaian Nadal namun pada masa sama memberi pandangannya mengenai jaguh Sepanyol itu.

“Dia banyak melakukan pukulan kilas kencang. Dia tidak seringan Nadal jadi dia memerlukan lebih kekuatan terutamanya ketika rali panjang. Nadal perlukan latihan intensiti tinggi terutamanya dengan bola dan raket.”

“Saya jangkakan Nadal kekal sama tetapi dia terlepas banyak kejohanan akibat kecederaan,” katanya. - AGENSI

91 dibaca
Berita Harian X