Ahad, 2 Disember 2018 | 11:30am
Novak Djokovic. - Foto AFP

ATP iktiraf pencapaian Djokovic

LONDON: Menerusi satu kenyataan, Ketua Eksekutif ATP, Chris Kermode memuji Novak Djokovic yang mengakhiri tahun ini sebagai pemain nombor satu dunia.

“Pencapaian Novak musim ini boleh diiktiraf sebagai pemain terbaik yang membuat kemunculan semula dalam bidang sukan.

“Penampilan semulanya adalah luar biasa apabila dapat kembali ke prestasi sebelumnya dengan sukar untuk dibayangkan hanya enam bulan sebelum ini. Dia layak kembali ke nombor satu ranking ATP dan seharusnya berbangga dengan musim yang luar biasa ini.”

Sementara itu, pemenang Final ATP 1990 dan 1991, Andrei Cheskonov memuji kejayaan pemain Russia, Karen Khachanov.

Pemain berumur 22 tahun itu menewaskan Djokovic di final Paris Master. 

“Khachanov banyak dibantu oleh penyertaannya dalam kejohanan di Amerika Syarikat. Beliau melaluinya dengan sangat baik. Kemudian dia mempamerkan permainan mengagumkan menentang Nadal di Terbuka AS, di mana beliau boleh menang.”

“Dia mempunyai pengalaman hebat. Dia belum memenangi apa-apa tetapi bermain dengan hebat. Dia juga bermain dalam perlawanan ‘gila’ menentang (John) Isner. Djokovic kini bermain dengan cara yang bagus. Tidak mustahil mengatakan sebelum perlawanan itu yang Novak akan menang 100 peratus.

“Tetapi Karen berada dalam keadaan sangat baik tetapi sayang dia tidak beraksi dalam kejohanan akhir tahun ini. Di situ dia boleh menunjukkan bagaimana tenis sebenar dan mencapai tahap yang baru. Kini hanya perlu menewaskan (Rafael) Nadal.” - AGENSI

135 dibaca
Berita Harian X