Sabtu, 9 Jun 2018 | 6:59am
THEIM dan Rafael Nadal- Foto AFP

Nadal, Thiem bertembung di final

PARIS: Rafael Nadal tidak memberi peluang kepada Juan Martin del Potro dalam saingan menuju ke pentas final ke-11 di Terbuka Perancis selepas menang  6-4 6-1 6-2, semalam.

Pemain Argentina, Del Potro yang berjaya memberi menekan Nadal  pada set pertama gagal meneruskan rentak cemerlangnya selepas dua kali mengikat jaguh tanah liat dari Sepanyol itu.

Kesilapan itu memberikan kelebihan buat Nadal menuju ke final bertemu Dominic Thiem, Ahad ini.

"Set pertama amat mencabar dengan peluang memihak kepada  Juan Martin, Saya bernasib baik menang juga set pertama dan selepas itu beraksi dengan lebih agresif," kata Nadal, yang kini menyamai pencapaian Roger Federer mara 11 kali di final sambil penonton bersorak "Viva Espana."

"Saya sangat gembira dapat kembali ke final di Roland Garros. Bagi saya ia amat menakjubkan.

"Thiem menewaskan saya di Madrid tahun ini dengan permainan hebatnya. Saya sedar perlu memberikan persembahan terbaik saya untuk menang Ahad ini. Saya yakin sudah sedia untuk final.

Federer, yang tidak mengambil bahagian di Terbuka Perancis tahun ini memegang rekod 11 kali beraksi di pentas final Wimbledon dengan lapan kemenangan.

Namun penguasaan Nadal di gelanggang tanah liat di Roland Garros nyata memberiknya kelebihan sebagai pemain pilihan untuk mengatasi Thiem.

Del Potro pula mengakui pencabar warga Austria itu ada peluang terbaik menewaskan Nadal dua kali di gelanggang tanah liat namun kali ini, peluang itu agak tipis mengulanginya.

"Ia bukan kerja mudah. Saya baru selesai bertarung dengan dia beberapa minit yang lalu. Amat mustahil menewaskan dia," kata Del Potro.

Del Potro, yang pertama kali mara ke separuh akhir Terbuka Perancis sejak tunduk kepada Roger Federer pada 2009, mendahului Nadal pada saingan awal sebelum permainan merudum yang mungkin disebabkan kecederaan bahagian pinggulnya. - Reuters 

Berita Harian X