Ahad, 3 Jun 2018 | 10:39pm
REAKSI Dominic Thiem dari Austria selepas menewaskan pemain Jepun, Kei Nishikori pada saingan Terbuka Perancis di Roland Garros, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE

Terbuka Perancis: Thiem ketepi cabaran Nishikori

PARIS: Dominic Thiem mengakhiri cabaran Kei Nishikori untuk mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir Terbuka Perancis dengan kemenangan  6-2 6-0 5-7 6-4, di sini, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan dia bakal bertemu pilihan kedua, Alexander Zverev.

Pemain Austria itu yang juga pilihan ketujuh dan individu terakhir menewaskan Rafael Nadal di gelanggang tanah liat kegemarannya menampilkan aksi agresif dalam dua set pertama.

Bagaimanapun lawan Thiem itu kembali bangkit menyebabkan dia tersungkur di set ketiga.

Nishikori dari Jepun yang juga pilihan ke-19, cuba melakukan kebangkitan selepas menamatkan musim 2017 pada pertengahan tahun gara-gara kecederaan.

Dia bagaikan hilang nafsu pada set kedua namun berjaya memberikan saingan.

"Dua set pertama amat menakjubkan apabila dia mendapat rentak dan keadaan menjadi 50-50.

"Ketika saat akhir ia menjadi begitu rapat dan saya sedikit gementar kerana sukar untuk mara ke pusingan suku akhir Terbuka Perancis," kata Thiem, yang pernah mara ke pusingan separuh akhir pada 2016 dan 2017.

"Saya suka keadaan di sini, ia adalah pertama kali buat saya di Court Philippe Chatrier bermain tidak menentang Rafa, jadi saya boleh menikmati gelanggang," katanya secara berjenaka. - Reuters

Keputusan:

Lelaki:

Dominic Thiem (AUT x7) mn Kei Nishikori (JPN x19) 6-2, 6-0, 5-7, 6-4

Alexander Zverev (GER x2) mn Karen Khachanov (RUS) 4-6, 7-6 (7/4), 2-6, 6-3, 6-3

Wanita:

Madison Keys (USA x13) mn Mihaela Buzarnescu (ROU x31) 6-1, 6-4

Berita Harian X