Khamis, 17 Oktober 2019 | 1:39pm

'Hormon testosteron bantu atlet wanita lebih kuat berlari'

LONDON: Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) menerima kajian yang membuktikan paras khormon testosteron yang tinggi membantu meningkatkan larian kalangan atlet wanita.

Keputusan itu juga bermakna langkah IAAF menghalang juara Olimpik, Caster Semenya daripada menyertai perlumbaan jarak jauh sebagai tepat.

Dalam satu kajian yang diterbitkan Jurnal Perubatan Sukan Britain, pengkaji Sweden mendapati tahap testosteron membantu atlet melakukan larian lebih jauh dan memperoleh jisim otot yang lebih padu.

Badan induk olahraga dunia itu mengatakan kajian itu adalah bukti kepada tindakan mereka menghalang pelari Afrik Selatan, Semenya yang didapati mempunyai paras testosteron yang tinggi.

“IAAF memperkenalkan had testosteron bagi kategori pelari wanita dengan tujuan untuk memberikan persaingan yang adil buat atlet wanita,” katanya dalam satu kenyataan.

Kajian itu juga menambah “kesimpulan yang dilakukan berdasarkan bukti yang ada menunjukkan tahap testosteron yang tinggi memberikan kelebihan kepada atlet terutama dalam acara olahraga.”

Pakar perubatan percayai bahawa hormon testosteron yang lebih tinggi pada lelaki membantu meningkatkan kekuatan dan ketahanan atlet lelaki, tetapi kelebihan paras hormon itu kalangan atlet wanita masih belum jelas sebelum ini. - Reuters

Berita Harian X