Rabu, 19 Disember 2018 | 8:54pm
ATLET paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi. - Foto Osman Adnan

Ridzuan idam tambah koleksi emas

KUALA LUMPUR: Atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mahu meneruskan rentak kejayaan di pentas antarabangsa terutamanya Sukan Paralimpik 2020.

Atlet para olahraga berkenaan muncul penerima tertinggi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) dengan jumlah RM260,000 selepas pencapaian cemerlang di Sukan Para Asia 2018.

Dia meraih tiga emas menerusi acara 100m T36, 400 T36 dan lompat jauh T36 selain memecahkan satu rekod kejohanan dan satu rekod dunia.

"Saya gembira dengan pengiktirafan ini. Kejayaan ini hadir dengan sokongan semua pihak terutamanya ahli keluarga," kata Ridzuan.

Menurut Ridzuan, ia membakar semangatnya untuk terus berjaya di pentas antarabangsa terutamanya Olimpik 2020.

Manakala skuad Para Olahraga secara keseluruhan meraih insentif SHAKAM tertinggi sebanyak RM910,000.

376 dibaca
Berita Harian X