Sabtu, 7 September 2019 | 11:07pm
CHARLES Leclers

Leclers beri amaran

MONZA, Itali: Charles Leclers menghadiahkan petak hadapan buat Ferrari selepas merakam masa pantas pada sesi ujian kelayakan Grand Prix (GP) Itali, sebentar tadi.

Dia akan disertai pemandu Mercedes, Lewis Hamilton di barisan hadapan selepas mencatat masa kedua terpantas.

Sesi ujian kelayakan ketiga terganggu selepas Kimi Raikkonen terbabit dengan kemalangan yang mengakibatkan sembilan daripada 10 pemandu teratas yang kehilangan masa terpantas mereka di pusingan terakhir.

Valtteri Bottas dari Mercedes dan pemandu Red Bull, Sebastian Vettel masing-masing akan memulakan perlumbaan esok di petak ketiga dan keempat.

Leclers yang beraksi di laman sendiri turun dalam misi bagi merekodkan gelaran kedua berturut-turut selepas cemerlang menjuarai perlumbaan GP Belgium, minggu lalu.

"Hari ini, melihat kepada kehadiran penonton di sini, ia menakjubkan," kata Leclerc yang mendedikasikan kemenangannya di Belgium minggu lalu kepada rakannya, Anthoine Hubert yang maut ketika perlumbaan Formula Dua (F2) sehari sebelum itu.

"Saya gembira berjaya meraih petak hadapan tetapi kecewa pada hujung saingan."

Sementara itu, Hamilton tetap bersyukur dengan keputusan sesi kelayakan kerana masih mampu berada di barisan hadapan dan bersaing dengan Ferrari. - AFP

676 dibaca
Berita Harian X