Ahad, 11 Ogos 2019 | 9:32pm
Reaksi penunggang Ducati, Andrea Dovizioso selepas memenangi MotoGP Austria sebentar tadi. - Foto AFP

Dovizioso atasi Marquez di MotoGP Austria

SPIELBERG, Austria: Penunggang Ducati, Andrea Dovizioso memenangi MotoGP Austria sebentar tadi untuk mengurangkan jurang antaranya dengan pendahulu kejuaraan, Marc Marquez.

Juara dunia lima kali Marquez masih mendahului 58 mata di depan Dovizioso walaupun penunggang Itali itu mengatasi pelumba Honda itu pada pusingan terakhir untuk meraih kemenangan pertama sejak pembuka tirai di Qatar pada Mac.

“Saya gembira kerana saya menamatkan saingan di tempat kedua, sudah tentu kami tewas di selekoh terakhir tetapi tayar belakang saya banyak menggelincir,” kata Marquez kepada BT Sport.

“Dovi melakukan tugas menakjubkan dan ketika ini kami mendahului dengan 58 mata, jadi kami mesti meneruskannya dengan cara sama.”

Penunggang Yamaha, Fabio Quartararo melengkapkan podium kemenangan manakala penunggang Australia, Jack Miller menjadi seorang daripada empat pelumba yang terjatuh ketika perlumbaan. - AFP

Berita Harian X