Ahad, 19 Mei 2019 | 11:14pm
FABIO Quartararo mempamerkan tunggangan menarik di grand prix laman sendiri di Le Mans apabila menamatkan perlumbaan di tempat kelapan selepas bermula dari petak ke-10, hari ini. - Foto EPA

Quartararo pamer aksi menarik di Le Mans

LE MANS: Fabio Quartararo mempamerkan tunggangan menarik di grand prix laman sendiri di sini apabila menamatkan perlumbaan di tempat kelapan selepas bermula dari petak ke-10, hari ini.

Pelumba dari Nice itu mengalami sedikit masalah pada awal saingan apabila tercicir kekedudukan ke-17 sebelum bangkit untuk berada dalam kelompok 10 terbaik.

Quartararo yang dikenali sebagai 'El Diablo' dan mewakili pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing (PETRONAS Yamaha SRT) menamatkan  27 pusingan saingan dengan catatan keseluruhan 42 minit 02.086 saat.

Catatannya itu ketinggalan 8.439s di belakang pemenang kali ini dari pasukan Honda Repsol, Marq Marquez.

Tempat kedua dan ketiga dikuasai pelumba Ducati, Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci.

Sementara itu, rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli meraih penamat ketujuh untuk membawa pulang sembilan mata.

Pusingan keenam musim selepas ini dijadual berlangsung di Grand Prix (GP) Itali pada 2 Jun ini.

606 dibaca
Berita Harian X