Selasa, 8 Januari 2019 | 7:38pm
Litar Sepang kembali berada dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS  untuk musim 2019. - Foto hiasan

Sepang kembali dalam kalendar Cub Prix

LANGKAWI: Selepas lima tahun, Litar Sepang kembali berada dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS  untuk musim 2019.

Berdasar kenyataan media dikeluarkan pihak Cub Prix, Sepang dijadual menjadi destinasi penutup tirai yang juga kemuncak bagi musim ini pada 7 hingga 8 Disember nanti.

Jasin, Melaka menjadi pusingan pembukaan bagi musim 2019 yang dijadual berlangsung pada 23 hingga 24 Mac ini.

"Sama seperti musim terdahulu, kejuaraan kebangsaan terbuka kepada semua pengeluar (kelas terbuka) dan akan berlangsung sebanyak 10 pusingan semusim .

"Venue seperti di Batu Kawan, Teluk Intan, Kuala Terengganu dan Jempol akan terus berada dalam kalendar kejuaraan musim ini," kata Promoter Kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) dalam kenyataan itu.

 

Kalendar 2019

Pusingan 1 (23-24 Mac), Jasin, Melaka

Pusingan 2 (13-14 April), Batu Kawan, Pulau Pinang

Pusingan 3 (3-4 Mei), Tangkak, Johor

Pusingan 4 (20-21 Julai), Teluk Intan, Perak

Pusingan 5 (23-24 Ogos), Kuala Terengganu, Terengganu)

Pusingan 6 (7-8 September), (akan diumumkan)

Pusingan 7 (5-6 Oktober), Kangar, Perlis 

Pusingan 8 (19-20 Oktober), Johor

Pusingan 9 (16-17 November), Jempol, Negeri Sembilan

Pusingan 10 (7-8 Disember), Litar Sepang 

195 dibaca
Berita Harian X