Ahad, 19 Ogos 2018 | 8:50pm
HAFIZ Nor Azman - Foto Osman Adnan

Hafiz akhirnya raih kejuaraan di Temerloh

KUALA LUMPUR: Hafiz Nor Azman meraih kemenangan sulung dalam kelas CP150 selepas mengungguli Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Temerloh, Pahang, hari ini.

Pelumba PETRONAS Yamaha – CKJ Racing itu menamatkan perlumbaan yang dikurangkan kepada 15 pusingan selepas ditangguhkan sebelum itu akibat hujan dengan masa keseluruhan 11 minit 28.110 saat (s) mengatasi rakan sepasukan, Ahmad Afif Amran dengan kelebihan 2.959s.

Perlumbaan di litar basah itu menyaksikan kedudukan pendahulu bertukar seawal perlumbaan selepas pendahulu, Mohd Helmi Azman (Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing) dipintas pelumba muka baharu, Mohd Aiman Azman sebaik lampu merah dipadamkan.

Aiman bagaimanapun gagal menggunakan kelebihan itu apabila terjatuh dan membuka ruang buat Hafiz untuk mendahului sehingga ke garisan penamat.

Tumpuan terarah kepada perebutan di tempat kedua di antara Afif, Akid dan Kasma Daniel Kasmayudin sebelum juara musim 2017 itu terjatuh di pertengahan perlumbaan dan seterusnya memberi laluan kepada Afif dan Akid untuk  menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11:31.069s.

Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor pula berada di tempat ketiga dengan masa 11:31.199s.

“Pada peringkat awal saya cuba untuk mendapatkan rentak berlumba di litar basah sebelum berjaya menjarakkan diri dengan pelumba di belakang.

“Selepas memasuki pusingan ke-10, saya hanya fokus untuk kekal konsisten dan mengelak sebarang kesilapan. Saya sangat gembira dengan kemenangan peribadi pertama saya dalam kelas ini,” kata Hafiz yang berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 54 mata. 

Ahmad Afif terus kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 90 mata diikuti Kasma, 70 mata.

Keputusan Pusingan 4 - Temerloh

CP150

1. Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 11:28.110s

2. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 11:31.069s

3. Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:31.199s

4. Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 11:39.684s

5. Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:42.483s

Kedudukan keseluruhan         

1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 90 mata

2. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 70 mata

3. Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 54 mata

4. Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40 mata

5. Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 34 mata

CP115

1. Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:21.993s

2. Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:23.578s

3. Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 11:23.800s

4. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:29.603s

5. Shafiq Ezzariq (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 11:32.096s

Kedudukan Keseluruhan

1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 88 mata

2. Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 60 mata

3. Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 57 mata

4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 50 mata

5. Shafiq Ezzariq (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 46 mata

WIRA KBS

1. Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 9:16.611s

2. Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 9:24.158s

3. Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX Racing Team 9:24.334s

4. Zaifi Zaini (SBH) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 9:24.515s

5. Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 9:24.904s

Kedudukan keseluruhan

1. Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 77 mata

2. Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 56 mata

3. Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 49 mata

4. Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 33 mata

5. Zaifi Zaini (SBH) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 30 mata

Berita Harian X