Sabtu, 18 Ogos 2018 | 8:24pm
MD Akid Aziz - Foto fail

Akid pecah rekod Zaqhwan di Temerloh

KUALA LUMPUR: Selepas tiga pusingan, pelumba rookie, Md Akid Aziz semakin menunjukkan belang apabila muncul pelumba terpantas sesi kelayakan CP150 pada pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Temerloh, Pahang hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu mencatat masa terpantas 42.574 saat yang juga rekod baharu di Temerloh - mengatasi catatan terdahulu dimiliki Zaqhwan Zaidi, 43.531s yang dilakukan pada musim lalu.

Akid yang juga juara dua kali CP115 dan juga juara bertahan Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), berjaya mengatasi Mohd Hafiz Nor Azman (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) yang terlebih dulu mencatat masa terbaik 42.730s.

Sementara itu, Helmi Azman (Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing) yang menunggang jentera Honda mencatat masa ketiga terpantas dengan 42.756s diikuti pendahulu keseluruhan, Ahmad Afif Amran keempat, 42.828s dan Kasma Daniel Kasmayuddin kelima, 42.831s.

“Walaupun mencatat masa terpantas, namun saingan sangat sengit kerana hanya 0.5 saat memisahkan kesemua 10 pelumba yang layak ke Superpole esok,” kata Akid.

Sementara itu, rakan sepasukan Akid, Haziq Fairues mencatat masa terpantas 44.850s dalam kelas CP115 diikuti Fareez Afeez (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing), 44.892s dan pelumba pasukan persendirian, Hafizuddin Azahar, 45.053.

Dalam saingan WIRA KBS, Syarifuddin Azman dari pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing bakal memulakan perlumbaan dari petak pertama selepas mengungguli sesi kelayakan Shootout dengan catatan masa 45.465s.

 

KEPUTUSAN PUSINGAN KELAYAKAN

CP150

1. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 42.574s

2. Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 42.730s

3. Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 42.756s

4. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 42.828s

5. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 42.831s

CP115

1. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 44.850s

2. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 44.892s

3. Md Hafizuddin Azahar (MLK) Persendirian 45.053s

4. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 45.108s

5. Luqman Shakiemi Hakim (NSN) Modenas Racing Team 45.232s

Shootout

WIRA KBS

1. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 45.465s

2. Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Redzuan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 45.822s

3. Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha 45.983s

4. Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX Racing Team 46.036s

5. Zaifi Zaini (SBH) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 46.068s

Berita Harian X