Selasa, 10 Disember 2019 | 5:52pm
MUHAMMAD Hakimi Ismail meraih pingat emas dalam acara lompat kijang lelaki sempena Sukan SEA ke-13 Filipina 2019 di Stadium Olahraga New City Clark, Clark. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

Hatrik emas Hakimi

CLARK: Muhammad Hakimi Ismail mengekalkan statusnya selaku jaguh lompat kijang Asia Tenggara apabila memenangi pingat emas dalam aksi final di Stadium Olahraga New Clark City sebentar tadi.

Dia muncul pemenang selepas melakukan lompatan sejauh 16.68 meter (m) pada lompatan ketiga.

Hakimi menewaskan peserta tuan rumah Mark Harry Aloto Diones yang melakukan 16.42m manakala peserta Indonesia, Sapwaturrahman gangsa dengan lompatan 16.21m.

Hakimi mempertahankan emas buat kali ketiga berturut-turut selepas melakukannya pada 2015 di Singapura dan 2017 di Kuala Lumpur.

Berita Harian X