Selasa, 12 November 2019 | 8:09pm
PENGURUS Pasukan pasukan hoki dalam air, Donovan Lee (dua kiri) bersama Jurulatih Adrian Stuart (tengah) ,Mohd Haikal (kiri), Wong Hui Yee (dua ) dan Pavinya (kanan) bergambar bersama selepas sidang media Team MALAYSIA ke Sukan SEA 2019. NSTP/ Mohd Yusni Ariffin

Skuad hoki dalam air optimis sumbang gangsa

KUALA LUMPUR: Biarpun penampilan sukan hoki dalam air masih baharu di Sukan SEA, namun skuad kebangsaan optimis mampu menyumbangkan pingat gangsa menjelang temasya di Filipina nanti.

Pengurus pasukan, Donovan Lee berkata, pemain negara kini giat menjalani latihan di Petaling Jaya dan Bukit Jalil bagi mencari keserasian sekali gus memberikan saingan buat tiga pasukan lain iaitu Indonesia, Filipina dan Singapura.

“Kemenangan ke atas pasukan Hong Kong pada perlawanan persahabatan bulan lalu menjadi bekalan untuk meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa di Filipina nanti,” katanya sambil menjelaskan pihaknya lega dapat melunaskan kos penyertaan ke temasya berkenaan.

Skuad hoki dalam air membariskan 24 pemain lelaki dan wanita yang akan menyertai kategori enam serta empat berpasukan pada aksi dijadual bermula pada 2 hingga 5 Disember di Vermosa Sports Hub, Cavite.

Hoki dalam air negara sudah dibentuk sejak tiga tahun lalu menerusi Persatuan Hoki Dalam Air Malaysia (MUHA) dan ia antara 56 jenis sukan yang dipertandingkan di Filipina nanti.

Berita Harian X