Sabtu, 21 September 2019 | 8:44pm
New Zealand mengatasi Afrika Selatan 23-13. - Foto EPA

All Blacks tampil reputasi juara bertahan

TOKYO: Juara bertahan, New Zealand memberikan amaran pada Ragbi Piala Dunia dengan kemenangan 23-13 mengatasi Afrika Selatan hari ini selepas Perancis dan Australia terselamat dalam saingan sengit.

All Blacks dikatakan tidak berada dalam keadaan terbaik untuk mempertahankan gelaran ketiga berturut-turut milik mereka tetapi mengatasi Boks dengan 17 mata pada separuh masa untuk membuktikan kritikan terhadap mereka salah.

Ia dipenuhi aksi menarik dalam kejohanan di Jepun selepas Australia bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Fiji 39-21 manakala Perancis membenam Argentina 23-21.

“Hari ini adalah perlawanan yang besar buat kedua-dua pasukan dan kami bertuah menang,” kata jurulatih All Blacks, Steve Hansen. 

“Ia adalah satu lagi saingan hebat antara New Zealand dan Afrika Selatan dan saya harap mereka yang menyaksikannnya gembira dan teruja.”

Di Yokohama yang juga akan menjadi venue final pada 2 November, New Zealand ketinggalan menerusi penalti awal tetapi kembali di depan dengan dua try untuk mendahului Afrika Selatan 17-3 sebaik tamat babak pertama. - AFP

Berita Harian X