Ahad, 19 Mei 2019 | 1:15pm
Brooks Koepka - Foto EPA

Koepka semakin hampiri gelaran

BETHPAGE, Amerika Syarikat: Pemegang rekod pendahulu Kejuaraan PGA, Brooks Koepka berkata rahsia kejayaannya adalah lebih mudah berbanding tanggapan orang lain sementara lawannya menjadikan Tiger Woods sebagai sumber inspirasi.

Pemenang major tiga kali, Koepka menyamai par 70 awal pagi ini untuk keseluruhan 12 bawah par 198 dan mencipta rekod mendahului tujuh pukulan dalam kejohanan 54 lubang, menjelang perlawanan akhir esok di Bethpage Black.

Tiada pemain mendahului dalam major sebanyak itu dan tewas.

Kejayaan itu bakal memberikan Koepka kekal di ranking satu dunia dan meletakkannya sebagai pemenang kelima PGA yang mendahului dari pusingan awal sehingga akhir. 

Sebelum ini Hal Sutton melakukannya pada tahun 1983, Ray Floyd pada 1982, Jack Nicklaus pada 1971 dan Bobby Nichols pada 1964.

Koepka sering kali kelihatan tenang dan fokus ketika membuat pukulan.

“Ia hanya satu lagi pusingan dalam golf,” kata Koepka. Ia sama seperti pusingan lain yang saya bermain. Saya akan cuba bermain bagus, pusingan yang baik.

“Alangkah bagusnya jika dapat melakukan 10 pada lubang terakhir dan akan jadi ok.”

Pada pusingan ketiga awal pagi tadi, pemain ranking teratas – Dustin Johnson, rakan senegara dari Amerika Syarikat, Luke List dan Harold Varner serta pemain Thailand, Jazz Janewattananond mengekori di kelompok kedua.

Varner berkata, Koepka adalah pemain golf hebat dan akan memaksa lawannya membaiki fokus mental dan kecergasan seperti mana dilakukan Woods ketika memenangi major di Masters 1997.

“Jika anda tidak cukup tidur dan rasa, ‘Ini akan menjadikan saya bekerja lebih keras (jadi) saya boleh jadi lebih bagus’, maka saya tak tahu kenapa anda bermain,” kata Varner.

“Ia akan menyebabkan pemain lain memberi tekanan kepada diri sendiri. Ada pula sebilangan yang lain tidak lakukan, tetapi ia adalah lebih kurang seperti Woods lakukan dalam golf secara amnya.” – AFP

 

138 dibaca
Berita Harian X