Isnin, 11 Februari 2019 | 5:34pm
Sebahagian staf SIC, Klinik SIC tidak melepaskan peluang bergambar dengan bayi pertama dilahirkan di klinik berkenaan. - Ihsan SIC
Sebahagian staf SIC, Klinik SIC tidak melepaskan peluang bergambar dengan bayi pertama dilahirkan di klinik berkenaan. - Ihsan SIC

'Bayi pertama SIC'

KUALA LUMPUR: Klinik Sirkit Antarabangsa Sepang (Klinik SIC) yang mula beroperasi kepada umum sejak Mei 2017 mencipta sejarah apabila menyambut kelahiran seorang bayi lelaki, semalam.

G Naninah, 18, selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 1.25 petang, semalam apabila dia dan bapa mentuanya, G Muniandy sedang melalui kawasan berhampiran SIC untuk menghadiri kenduri kahwin.

Begitupun, dia terpaksa mengubah perancangan selepas menantunya itu mengadu sakit di bahagian perut.

Susulan itu, Muniandy meminta pendapat daripada doktor petugas klinik yang berada di kawasan berhampiran, Dr J Sashidharan - yang pernah merawatnya sebelum ini - dan dia diminta membawa Naninah ke Klinik SIC untuk tindakan susulan.

Peristiwa ini adalah satu sejarah buat SIC apabila klinik yang dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos 2018 itu mula dibuka kepada orang awam, dua tahun lalu.

Sebelum itu, Klinik SIC yang dikenali sebagai pusat perubatan hanya dibuka kepada pelanggan trek dan paddock termasuk staf SIC.

Klinik yang diuruskan Medic Qaseh ini dibuka tujuh hari seminggu dari jam 9 pagi hingga 6 petang dan menerima sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia pada 17 Mei 2018.

Klinik ini turut menyediakan perkhidmatan X-ray, ultrasound, ECG dan juga ambulans.

1301 dibaca
Berita Harian X