Sabtu, 12 Januari 2019 | 2:25pm
Tyson Fury dan Deontay Wilder. - Foto Reuters

Fury, Wilder ulang pertarungan

LONDON: Pertandingan ulangan merebut gelaran juara dunia heavyweight di antara Tyson Fury dan juara WBC Britain, Deontay Wilder dijangka akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan tahun ini, kata promoter pertandingan, Frank Warren. 

Bekas juara yang belum pernah tewas, Fury mempamerkan aksi cukup mendebarkan namun wujud kontroversi membabitkan keputusan seri antara Wilder dari AS di Los Angeles bulan lalu. 

"Kami cuba untuk mengatur semula perlawanan ketika ini, semua orang ingin pertarungan dan paling penting kedua-dua mereka mahukannya," kata Warren. 

"Venue pertandingan kelihatan seperti akan berlangsung di AS. Tyson kecewa dengan keputusan pengadil pada pertarungan sebelum ini, seperti yang saya katakan banyak perkara perlu diselesaikan tetapi AS adalah tempat yang mereka inginkan. Mungkin pada suku kedua." 

Warren berkata Las Vegas akan menjadi pilihan kerana tidak mungkin akan kembali ke Los Angeles.

"Saya tidak mahu kembali ke California, saya tidak suka bekerja dengan suruhanjaya California dan banyak perkara yang kami tidak suka di sana," katanya.

Pertarungan Fury dengan Wilder itu akan menjadi pertembungan ketiga buat petinju itu selepas berehat selama dua tahun setengah akibat masalah kesihatan mental serta gagal ujian dadah. – REUTERS

121 dibaca
Berita Harian X