Jumaat, 9 November 2018 | 12:54pm
Tiger Woods. - Foto AFP

Woods jangka cabaran sengit

LOS ANGELES: Tiger Woods akan memulakan aksi kompetitifnya bagi musim 2018-19 bulan ini pada kejohanan Cabaran Dunia Hero yang akan menjadi kejohanan utama bersama pemain nombor satu dunia Justin Rose.

Cabaran Dunia Hero akan menampilkan pemain dari enam negara termasuk empat daripada kelompok lima pemain terbaik dan 16 daripada 23 pemain terbaik di dunia, Woods mengumumkannya semalam.

Kejohanan jemputan dari 29 November hingga 2 Disember itu akan diadakan di Bahamas bagi tahun keempat berturut-turut.

Tuan rumah kejohanan, Woods memperkenalkan kejohanan Cabaran Hero dengan bapanya pada 1999.

Ia menjadi pertandingan rasmi pertama bagi pemenang kejohanan utama 14 kali, Woods sejak Amerika Syarikat kalah kepada Eropah dalam saingan Piala Ryder, September lalu.

Bekas pemain nombor satu dunia, yang menduduki ranking ke-13 di dunia, akan menentang Phil Mickelson pada 23 November depan dalam pertembungan acara pertunjukan satu lawan satu di Las Vegas.

Woods memenangi Kejuaraan Jelajah dua bulan lalu, kemenangan pertamanya dalam Jelajah PGA AS sejak Ogos 2013. - AFP

94 dibaca
Berita Harian X