Rabu, 7 November 2018 | 1:23pm
FILE PHOTO: Italy's Filippo Magnini reacts after winning the men's 200m freestyle final at the 49th International Swimming Sette Colli Trophy in Rome June 15, 2012. REUTERS/Giampiero Sposito/File Photo

Magnini digantung empat tahun

ROME: Bekas juara dunia 100 meter gaya bebas, Filippo Magnini digantung selama empat tahun selepas gagal ujian doping kerana didapati bersalah menggunakan bahan terlarang.

Agensi Anti Doping Itali (Nado) menuntut hukuman selama lapan tahun buat juara dunia 2005 dan 2007 itu yang turut memenangi pingat gangsa menerusi acara 4x200m berganti-ganti pada Sukan Olimpik Athens 2004.

Bagaimanapun, atlet berusia 36 tahun itu yang bersara Disember lalu, hanya dikenakan hukuman penggantungan selama empat tahun.

Siasatan ke atas Magnini dan rakan senegara, Michele Santucci dibuka selepas prosiding jenayah ke atas pakar nutrisi, Guido Porcellini.

Porcellini dikenakan hukuman penggantungan selama 30 tahun oleh pihak keselamatan Itali selepas mengedar produk doping dan ubat palsu.

Nama Magnini ditemui dalam kalangan bukti yang mendedahkan beberapa produk untuk perenang Itali meskipun siasatan mendapati dia mungkin tidak menggunakan atau menerima bahan itu. - AFP

37 dibaca
Berita Harian X