Selasa, 23 Oktober 2018 | 7:26am
Aksi pemain skuad hoki Malaysia ketika menentang Oman dalam saingan Trofi Juara-Juara Asia di Oman. - Foto NSTP

Malaysia lebur cabaran Korea Selatan

 

KUALA LUMPUR: Malaysia mengekalkan momentum kemenangan dengan menewaskan Korea Selatan 4-2 dalam aksi Trofi Juara-Juara Asia di Muscat, Oman, malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan anak buah Roelant Oltmans meraih sembilan mata daripada tiga perlawanan dan layak ke separuh akhir dengan baki dua perlawanan menentang India dan Pakistan.

Malaysia mendahului perlawanan hasil jaringan Firhan Ashaari pada minit ke-11 tetapi Korea tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan melalui Yang Jihun (min-15) dan Jang Jong Hyun menjaringkan gol kedua pada minit ke-20.

Bagaimanapun, tiga jaringan melalui Shahril Saabah (min-22), Tengku Ahmad Tajuddin (min-35) dan Faizal Shaari (min-57) memastikan skuad negara meraih tiga mata penuh.

Dalam perlawanan sebelum ini, Malaysia mengatasi Jepun 3-0 dan Oman 3-1 manakala Korea Selatan tewas 3-1 kepada Pakistan dan 2-0 kepada Jepun.

26 dibaca
Berita Harian X