Selasa, 16 Oktober 2018 | 6:20pm
Atlet Paralimpik negara dalam acara lompat jauh T20 lelaki , Abdul Latif Romly. - Foto Owee Ah Chun

Abdul Latif mahu sambar emas di Sukan SEA Manila 2019

KUALA LUMPUR: Kejayaan memperbaharui rekod dunia dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) Sukan Para Asia 2018, membakar semangat Abdul Latif Romly untuk merangkul pingat emas di Kejohanan Paralimpik Dunia, Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2019.

Abdul Latif berjaya memperbahuri rekod dunia dengan lompatan sejauh 7.64 meter di Sukan Para Asia Jakarta minggu lalu, bagi memadamkan catatan lama dilakarnya 7.60m yang dibuatnya di Sukan Paralimpik Rio 2016.

Berikutan itu, Abdul Latif akan berusaha bersungguh-sungguh dan memulakan latihan intensifnya secepat mungkin bagi memastikan beliau dapat layak secara merit ke kejohanan terbabit.

"Saya bercadang untuk menghabiskan masa cuti sebulan ini untuk bersama keluarga di kampung dan bagi mengurangkan tekanan serta menenangkan fikiran.

"Selepas berehat saya akan kembali menjadi latihan intensif di MSN (Majlis Sukan Negara) kerana tumpuan utama saya tahun depan adalah layak secara merit dan menang emas bersama atlet normal di Sukan SEA Manila," katanya.

13 dibaca
Berita Harian X