Isnin, 8 Oktober 2018 | 10:04pm
SITI Noor Radiah Ismail - Foto OSMAN ADNAN

Siti Noor Radiah gagal pertahan emas

KUALA LUMPUR: Atlet lompat jauh negara, Siti Noor Radiah Ismail kempunan untuk menghadiahkan kontinjen Malaysia pingat emas pertama di Sukan Para Asia 2018 Indonesia apabila menamatkan saingan kategori T20 di tangga kedua, hari ini.

Pemenang pingat emas edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan itu tewas dengan jarak 0.07 meter (m) kepada atlet Indonesia, Octavia Rica yang menang dengan catatan 5.25m di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta.

Atlet Jepun Sakai Sonomi meraih pingat gangsa dengan catatan 5.02m.

Selain olahraga, Malaysia turut memenangi dua pingat perak dan satu gangsa dalam acara berbasikal yang disumbangkan  Mohd Khairul Hazwan dan Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dalam acara (ujian masa B) lelaki dan wanita.

Pingat gangsa pula dimenangi menerusi Najib Turano dalam acara ujian masa lelaki C4.

Tumpuan begitupun akan terus terarah kepada acara olahraga esok dengan Malaysia berharap untuk menuai dua pingat emas menerusi jaguh Paralimpik, Mohadmad Ridzuan Puzi (100m T36) dan Abdul Latif Romly (lompat jauh lelaki T20. 

14 dibaca
Berita Harian X