Jumaat, 25 Ogos 2017 | 5:28pm
JURULATIH, Harnizam Basri (dua dari kiri) memantau sesi latihan skuad berbasikal menjalani latihan. - Foto Osman Adnan

KL2017: Malaysia yakin rangkul 11 emas di velodrom

NILAI: Skuad berbasikal trek Malaysia yakin memiliki peluang cerah meraih 11 emas daripada keseluruhan 13 yang dipertandingkan, bermula Ahad ini.

Jurulatih trek kebangsaan, Harnizam Basri berkata dua lagi acara yang tidak diletakkan sebarang sasaran ialah scratch lelaki dan omnium wanita.

"Berbaki sehari lagi, pasukan kita berada dalam keadaan siap sedia menghadapi perlumbaan akan datang.

"Alhamdulillah, semua pelumba berada dalam keadaan sihat," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad negara di Velodrom Nasional di sini, hari ini.

Acara trek membabitkan acara seperti pecut (lelaki/wanita), keirin (lelaki/wanita), pecut berpasukan (lelaki/wanita), omnium (lelaki/wanita), 1,000 ujian masa (lelaki), 500m ujian masa (wanita), 4,000m kejar-mengejar individu (lelaki), 4,000m kejar mengejar berpasukan (lelaki) dan scratch (lelaki).

Esok akan bermula acara BMX, diikuti acara trek pada Ahad ini. - BERNAMA

Berita Harian X