Khamis, 17 Ogos 2017 | 1:11pm
AKSI Pasukan Chinlone negara yang diketuai Muhammad Idham Sulaiman (2) beraksi dalam acara Chinlone Event 4 (non repetition secondary) Sukan Sepak Takraw sempena temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ke-29 di Stadium Titiwangsa. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Skuad chinlone negara menang gangsa

SKUAD chinlone negara hanya mampu meraih pingat gangsa pada pusingan akhir acara non repetition secondary di Stadium Tertutup Titiwangsa, sebentar tadi. - Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Skuad chinlone negara hanya mampu meraih pingat gangsa selepas gagal menempatkan diri ke pusingan akhir acara non repetition secondary di Stadium Tertutup Titiwangsa, dekat sini, sebentar tadi.

Dalam aksi pusingan awal itu, Malaysia mengumpul 106 mata untuk menghuni tangga ketiga sekali gus terlepas tiket ke pentas final yang menjadi rebutan antara gergasi sukan ini, Myanmar yang mengumpul 137 mata dan Laos (133).

Bagaimanapun, pencapaian itu sudah boleh dianggap sebagai satu kejayaan besar selepas skuad chinlone negara tidak meletakkan harapan tinggi dalam acara keempat selain kali pertama melakar kutipan lebih daripada 100 mata.

AKSI Pasukan Chinlone negara yang diketuai Muhammad Idham Sulaiman (2) beraksi dalam acara Chinlone Event 4 (non repetition secondary) Sukan Sepak Takraw sempena temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ke-29 di Stadium Titiwangsa. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Sebagai rekod, skuad chinlone negara sudah menyumbang satu pingat emas dan dua gangsa setakat ini dan pada lewat petang ini akan turun beraksi dalam acara pertama (non repetition primary).

Berita Harian X