Rabu, 16 Ogos 2017 | 11:36am
PASUKAN Chinlone negara beraksi pada hari pertama Sukan Sepak Takraw dalam acara Chinlone Event 3 di Stadium Titiwangsa. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Malaysia mara ke final linking

KUALA LUMPUR: Skuad chinlone berada dalam landasan tepat untuk menyumbangkan emas pertama kontinjen negara pada temasya Sukan SEA 2017 (KL2017) apabila mara ke final acara linking.

Skuad kendalian Yusoff Abdullah itu mengungguli pusingan awal apabila mengumpul 376 mata selepas beraksi dalam dua set.

Malaysia mengumpul 181 mata pada set pertama disusuli 195 mata pada set kedua pada aksi di Stadium Tertutup Titiwangsa sebentar tadi.

Malaysia akan bertemu Filipina pada 12.30 tengah hari nanti selepas lawan mengumpul 293 mata.

Manakala gangsa sah milik Brunei gagal mara ke final apabila sekadar mengumpul 157 mata.


KETUA pasukan Chinlone negara, Izuan Afendi Kamaruzaman (6) beraksi pada hari pertama Sukan Sepak Takraw dalam acara Chinlone Event 3 di Stadium Titiwangsa. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Berita Harian X