Selasa, 3 Disember 2019 | 11:40am
VIRGIL van Dijk bersama isterinya, Rike Nooitgedagt. - Foto AFP

Ballon d'Or suntik Liverpool hasilkan lebih kejayaan

PARIS: Virgil van Dijk menyatakan keyakinannya apabila menyaksikan empat pemain Liverpool menduduki kelompok 10 terbaik ranking Ballon d'Or pada tahun ini bakal menjadi motivasi tambahan buat kelab Anfield itu mencipta lebih banyak kejayaan pada musim ini.

“Sudah tentu musim yang kami lalui adalah mengagumkan. Ada lebih ramai pemain yang tersenarai, jadi semua orang boleh berbangga dengan kejayaan ini,” kata Van Dijk selepas menduduki tempat kedua di belakang Lionel Messi yang memenangi anugerah di Paris, awal pagi ini.

Sadio Mane berada di tempat keempat, Mohamed Salah ditempat kelima, dan penjaga gol, Alisson Becker ditempat ketujuh dalam anugerah yang dianjurkan majalah France Football dengan keputusan dilakukan berdasarkan undian wartawan sukan seluruh dunia.

LIONEL Messi

Roberto Firmino, Trent Alexander-Arnold dan Georginio Wijanldum juga dicalonkan selepas pasukan Jurgen Klopp itu memenangi Liga Juara-Juara musim lalu.

Tambahan lagi, Alisson memenangi anugerah Trofi Yashin sebagai penjaga gol terbaik.

“Saya rasa beberapa pemain kami lagi sepatutnya tersenarai, tetapi kami melalui musim yang hebat tahun lalu dan ia memberi motivasi kepada kami untuk meneruskan apa yang kami lakukan, bekerja lebih keras dan cuba mencapai lebih daripada apa yang kami peroleh tahun lalu,” kata Van Dijk.

Liverpool kini berada lapan mata mendahului pencabar terdekat, Leicester City di Liga Perdana, dengan harapan semakin tinggi bagi kelab itu memenangi gelaran liga pertama dalam tempoh tiga dekad. – AFP

Jadual Liga Perdana Inggeris

ESOK

C Palace mln Bournemouth 3.30 pg 

Burnley mln Man City 4.15 pg

KHAMIS

Chelsea mln Aston Villa 3.30 pg

Leicester mln Watford 3.30 pg

Southampton mln Norwich 3.30 pg

Wolves mln West Ham 3.30 pg

Man United mln Tottenham 3.30 pg

Liverpool mln Everton 3.30 pg

JUMAAT

Sheffield mln Newcastle 3.30 pg

Arsenal mln Brighton 4.15 pg

 

Berita Harian X