Selasa, 3 Disember 2019 | 10:46am
Javier Tebas. - Foto Reuters

Javier Tebas mahu kekal terajui La Liga

MADRID: Javier Tebas mengumumkan melepaskan jawatan Presiden La Liga pagi ini bagi membolehkannya bertanding merebut semula jawatan itu pada pemilihan baharu.

Tebas, 57, sudah memegang jawatan utama Liga Sepanyol itu sejak 2013 dan memasuki fasa terakhir penggal kedua.

Pada 2016, dia juga meletak jawatan dan menang tanpa bertanding pada pemilihan tahun berkenaan.

Tempoh perkhidmatannya akan tamat pada Oktober 2020 namun beliau sekali lagi mengambil keputusan mengadakan pemilihan awal.

Menjelaskan tindakannya itu Tebas berkata: "Saya mengambil keputusan melepaskan jawatan lebih awal untuk memulakan proses undian terbuka untuk saya kembali ke jawatan itu dan saya harap dapat sokongan untuk kekal beberapa tahun lagi.

"Satu tempoh perubahan politik sudah bermula yang memungkinkan Parlimen kita dan juga Parlimen Eropah mencadangkan perubahan dan pindaan undang-undang yang boleh menjejaskan kepentingan kita...

"Pada saya, ia perkembangan yang kurang bagus (tidak menggunakan peluang itu) dengan mandat yang tinggal beberapa bulan lagi, individu yang perlu melakukannya harus diberi sokongan oleh kelab untuk kekal bersuara sekurang-kurangya untuk tempoh empat tahun lagi.” 

Persekutuan Bolasepak Sepanyol baru-baru ini meminta supaya Tebas melepaskan jawatan susulan tindakannya meletakkan ‘kedudukan dan kewangan kelab berdepan sekatan serius’ selepas mahkahmah menolak cadangan kontroverinya untuk mengadakan satu perlawanan La Liga di Miami, Amerika Syarikat yang turut dibantah kelab gegasi Sepanyol yang lain, baru-baru ini. – Agensi

Berita Harian X