Jumaat, 22 November 2019 | 6:07pm
Jose Mourinho dan bekas pertahanan England, Glend Johnson (gambar kecil). - Foto tribuna.com

'Mourinho takkan lama di Spurs'

LONDON: Kehadiran Jose Mourinho di Tottenham seharusnya menghadirkan perasaan ‘gemuruh’ buat pemain muda kelab itu, kata bekas pertahanan England, Glen Johnson.

Johnson yang pernah dibimbing Mourinho di Chelsea berkata, ia adalah disebabkan rekod kerja pengendali dari Portugal yang menunjukkan dia ‘tahu apa yang dia mahukan, cipta impak segera dan bergerak ke depan.’

Pengendali dari Portugal sebelum ini dituduh tidak mementingkan pembangunan pemain muda sepanjang karier pengurusannya tetapi dia menegaskan ia tidak akan berlaku di Spurs.

Sekali polisi menyenaraikan pemain muda berjalan dengan baik untuk beberapa kelab di Liga Perdana ketika ini, Johnson begitupun tidak yakin bekas pengendali Manchester United itu akan menggunakan falsafah yang sama, seperti yang dilakukannya di Chelsea.

“Apabila Jose tiba di Chelsea, saya mengingati ada mesyuarat pasukan dan berjumpanya buat pertama kali. Ketika itu, tiada siapa tahu mengenai kehebatannya,” kata Johnson.

“Ia amat pantas tetapi saya tidak pernah mendengar pengurus bercakap dengan sekumpulan pemain seperti itu sebelum ini, ia adalah disebabkan keyakinannya dan cara dia mahu membawa kelab ke depan.

“Saya fikir dia merasakan dia perlu memberitahu orang ramai yang betapa bagusnya dia. Kini, dia sudah membuktikan dirinya. Dia seorang yang bersemangat, seorang juara, dan memberikan pemainnya tenaga tambahan yang mereka perlukan.

“Kebiasaannya apabila pengurus baharu datang pemain-pemain perlu bertindak balas dengan pantas. Apa yang pasti, Mouringo akan mendapat reaksi yang lebih pantas dan untuk jangka masa panjang. Jadi saya menjangkakan perubahan pantas akan berlaku di Spurs.

“Dia datang dan mahu memenangi sesuatu dalam tempoh beberapa tahun dan kemudian beredar. Mourinho tidak pernah berada di sesuatu kelab dengan lama untuk meletakkan kepercayaan kepada pemain muda. 

“Dia biasanya menandatangani pemain yang dia mahu, pemain yang mencipta impak dan bergerak ke depan. Jelas rancangan itu sesuai dengannya dan dia melakukannya dengan amat baik.” - Agensi

Berita Harian X