Selasa, 12 November 2019 | 6:18pm
BEKAS pemain import PKNS FC, Romel Morales Ramirez. NSTP/Owee Ah Chun.

Bekas import PKNS sertai MU

MELAKA: Dalam usaha memantapkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan, Melaka United (MU) mengguna khidmat bekas pemain import PKNS FC, Romel Morales Ramírez.

Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) menerusi satu kenyataan hari ini berkata pemain posisi penyerang tengah itu menandatangani kontrak semusim menyertai Melaka United yang disaksikan Presiden MUSA, Damian Yeo Shen Li di Wisma MUSA pagi tadi.

Pemain muda kelahiran Villavicencio, Colombia itu memulakan karier bersama kelab Atlético Banfield dalam Primera División Argentina sejak 2016.

Musim 2018 menyaksikan beliau berhijrah ke Malaysia menyertai PKNS FC dan menjadi tonggak penting sepanjang dua musim bersama skuad Semut Merah.

Sebagai rekod, sepanjang bersama PKNS, Morales menjaringkan keseluruhan 17 gol dalam semua pertandingan Liga Malaysia.

--BERNAMA

Berita Harian X