Ahad, 3 November 2019 | 2:30pm
PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola.

Guardiola tuduh Mane pandai berlakon 

LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mula mencetuskan ketegangan dengan Liverpool menjelang pertemuan liga minggu depan apabila menuduh Sadio Mane pandai berlakon apabila sengaja merebahkan badan.

Liverpool kini enam mata di depan City menjelang pertemuan liga Ahad depan.

City dan Liverpool masing-masing merakam kemenangan hasil jaringan lewat permainan malam tadi.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp menang 2-1 mengatasi Aston Villa hasil jaringan lewat Mane.

Kedua-dua seteru itu juga berdepan lawan masing-masing di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Khamis ini sebelum bertembung di Anfield.

Bagaimanapun, Guardiola menuduh wira Liverpool dari Senegal itu berjaya memperdaya pengadil selepas dilayangkan kad kuning di Villa Park.

"Dia (Mane) kadangkala berlakon," kata Guardiola kepada Sky Sports.

"Ada masanya dia memang berbakat menyumbat gol minit akhir. Dia memiliki bakat.”

Kejayaan Liverpool hasil jaringan Andrew Robertson pada minit ke-87 dan Mane pada minit kecederaan.

"Satu lagi kemenangan lewat Liverpool? Jika sekali, dua, ‘kami bernasib baik’.

"Tapi ia banyak kali berlaku sejak dua musim lalu. Mereka ada karekter istimewa melakukannya.

"Tapi kami melihat diri sendiri, kami tahu siapa lawan sebenar, pada saya mereka sudah menang 10 perlawanan dan seri sekali.

"Minggu depan kami berkunjung ke Anfield dan cuba menandingi mereka," kata Guardiola. – Agensi

Berita Harian X