Khamis, 31 Oktober 2019 | 8:55pm
Pengerusi Colchester United, Robbie Cowling.

Colchester gembira bertembung United

LONDON: Pengerusi Colchester United, Robbie Cowling gembira apabila pasukan itu diundi bertemu Manchester United untuk aksi suku akhir Piala Liga.

Kelab Divisyen 4 itu yang menjadi satu-satunya pasukan ranking bawahan yang masih bersaing tewas sebanyak dua kali di tangan United sebelum ini.

Colhester kalah 0-1 ketika aksi pusingan kelima Piala FA musim 1978/1979 dan pusingan ketiga Piala Liga musim 1983/1984.

Bagaimanapun, rekod kekalahan berkenaan tidak melunturkan semangat Colshester yang bakal turun dengan misi menjadi 'pembunuh gergasi' sekali lagi.

Musim lalu, kelab itu berjaya menyingkirkan Tottenham Hotspur pada aksi pusingan ketiga.

"Semua orang gembira dengan undian itu. Kami akan menikmati setiap minit dalam perlawanan itu nanti," katanya.

Sementara itu, juara bertahan, Manchester City turut berdepan kelab bawahan apabila diundi bertemu pasukan Divisyen 3, Oxford United yang menyingkirkan United ketika pusingan keempat pada musim 1983/1984.

Lain-lain perlawanan menyaksikan Aston Villa akan melayan kunjungan Liverpool manakala Everton menentang Leicester City. - AFP

Berita Harian X