Jumaat, 25 Oktober 2019 | 9:52am
TOPSHOT - Paris Saint-Germain's French forward Kylian Mbappe celebrates at the end of the UEFA Champions League Group A football match between Brugge and Paris Saint-Germain's (PSG) on October 22, 2019 at the Jan Breydel stadium in Bruges. (Photo by Kenzo TRIBOUILLARD / AFP)

United harus menyesal tak pancing Mbappe

LONDON: Loius Saha percaya Manchester United seharusnya berbelanja besar untuk mendapatkan Kylian Mbappe sekalipun bekas penyerang Red Devils itu tahu sukar untuk mencapai perjanjian terbabit.

Pada awal musim ini United membenarkan Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez masing-masing menyertai Inter - secara kekal dan pinjaman - sekali gus meninggalkan hanya Marcus Rashford dan Anthony Martial sebagai pilihan jentera serangan senior dimiliki Ole Gunnar Solskjaer.

Setakat ini, Rashford melalui prestasi naik turun selepas meledak empat gol daripada sembilan penampilan manakala Martial terlepas sebahagian besar kempen berikutan masalah kecederaan untuk membuka peluang kepada Mason Greenwood.

Walaupun Martial sudah cergas, isu jentera serangan United terus diperdebatkan, dengan bekas kapten Roy Keane mencadangkan penyerang Tottenham Harry Kane sepatutnya menjadi sasaran utama mereka.

Saha berkata, Mbapoe yang juga bintang PSG dan Perancis adalah pemain yang perlu dibeli United ketika dia juga sedar peluang itu sudah terlepas daripada genggaman bekas pasukannya.

LOIUS Saha

"Jika anda tanya saya, saya akan berbelanja untuk Mbappe, tetapi sekarang ianya sudah terlambat," kata Saha kepada Compare.Bet.

"Tetapi apabila anda melihat bahagian penggempur, ia seakan pupus. (Robert) Lewandowski adalah contoh penyerang yang jarang ditemui sekarang ini, dan saya lihat tidak ramai lagi pemain yang begitu sesuai di depan.

"Saya mempunyai pandangan mengenai beberapa penyerang seperti Duvan Zapata (Atalanta) yang mana saya fikir adalah pemain yang bagus dan kuat.

"Mereka perlu mendapatkan seorang penyerang yang kuat di bahagian depan untuk memegang bola dan memberi ruang dan masa untuk pemain seperti Paul Pogba dan (Scott) McTominay mencipta gerakan berbahaya dari tengah." – Agensi

Berita Harian X